Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Rancangan Felda Bukit Batu ini dibangunkan dalam tahun 1961 oleh Kerajaan Persekutuan, menerusi Lembaga Kemajuan Persekutuan (L.K.T.P). Cara memajukan tanah rancangan ini dibuat berperingkat-peringkat. Hasil penempatan disini ialah tanaman kelapa sawit dan getah

Nama Felda Bukit Batu diambil sempena nama Pekan Bukit Batu luar, Kononnya mengikut cerita lama yang nyata ada sebuah bukit terletak di batu 32 berhadapan dengan jalan masuk ke Felda ini. Bukit batu ini diterokai oleh syarikat XL Quarry yang mengeluarkan beberapa jenis batu kasar dan halus



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2024


BASIC ICT: BOOK CREATOR (E-BOOK)

Aktiviti Terkini | 6 Mac 2024

Kelas ICT ini bertujuan untuk mengajar para peserta untuk membuat digital E-Book menggunakan aplikasi web di komputer. Selain itu, pembikinan E-Book ini lebih interaktif dengan kontens yang boleh disesuaikan....................baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA USAHAWAN: MEMBUAT KERABU MAGGI & KDB

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2024

Belajar sesuatu yang menarik dengan hand-on activity untuk melatih ‘fine and gross motor skills’ para peserta....................baca selanjutnya

SOFTSKILL: TANGRAM

Aktiviti Terkini | 5 Februari 2024

Mengisi masa lapang para pelajar ketika cuti sekolah...................baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA CHEF CILIK @ TABIKA KEMAS

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2024

Belajar sesuatu yang menarik dengan hand-on activity untuk melatih ‘fine and gross motor skills’ peserta tabika...................baca selanjutnya

STEM IOT: AISKRIM GOYANG

Aktiviti Terkini | 8 Januari 2024

Mengisi masa lapang para pelajar setelah habis sesi persekolahan...................baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti