PROGRAM BERSAMA USAHAWAN: MEMBUAT KERABU MAGGI & KDB
Aktiviti terkini | 20 Februari 2024Tempat Aktiviti:
NADI Bukit Batu
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini adalah dengan kerjasama usahawan Felda Bukit Batu untuk mengajar peserta dari sekolah cara membuat kerabu maggi.
• Program ini juga bertujuan untuk mengasah bakat peserta dan membentuk semangat keusahawanan sekiranya mereka ingin menjual kepada kawan-kawan.
• Seramai 10 orang peserta dari kalangan umur 13 hingga 16 tahun telah menyertai program ini.
• Program ini dimulakan dengan taklimat KDB bertajuk ‘Buli Siber’ untuk memberi pendedahan tentang keburukan dan mencegah menjadi mangsa buli siber.
• Peserta diminta untuk keluar ke beranda PEDi untuk mempelajari cara membuat kerabu maggi oleh usahawan kita dan menyediakan bahan terlebih dahulu.
• Usahawan tersebut telah mengajar satu per satu cara dan turutan ketika membuat kerabu maggi yang betul.
• Selepas itu, peserta diminta untuk membuat kerabu maggi masing-masing setelah mempelajari cara yang betul dari usahawan tersebut.
Tujuan :
• Belajar sesuatu yang menarik dengan hand-on activity untuk melatih ‘fine and gross motor skills’ para peserta.
• Meningkatkan minat dan motivasi peserta dalam bidang masakan.
• Menjalinkan hubungan baik dengan agensi luar dan menggalakkan komuniti untuk mengikuti program PEDi.
• Mengisi masa lapang peserta ketika cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Taklimat Klik Dengan Bijak: Buli Siber.
• Usahawan memberi tunjuk ajar bagaimana membuat kerabu maggi.
• Sesi membuat kerabu maggi oleh peserta pula.
• Merasai sendiri kerabu maggi yang mereka hasilkan.
• Bergambar dan bersurai.
Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk sifat kreatif, suka memasak dan bekerjasama dalam kalangan peserta.
• Memberi peluang kepada peserta mempelajari, mengaplikasi serta dapat memperkembangkan bakat kemahiran dan pengetahuan dalam bidang masakan.
• Meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam diri.
• Mengasah bakat dan memupuk semangat keusahawanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :