INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Pengenalan

Nama Felda Bukit Batu mengambil sempena nama Pekan Bukit Batu luar, kononnya mengikut cerita lama yang nyata ada sebuah bukit terletak di Batu 32 berhadapan dengan jalan masuk ke Felda ini. Bukit Batu ini diterokai oleh Syarikat XL Quarry yang mengeluarkan beberapa jenis batu kasar dan halus.

Kampung ini terletak dibahagian Barat Laut Daerah Kulai dalam Negeri Johor. Boleh dihubungi dengan jalanraya Persekutuan JB / Air Hitam dan Lebuhraya Utara Selatan melalui Persimpangan Tol Sedenak. Ditengah-tengah ke kampung ini terbina pula jalanraya antara Felda Bukit Batu ke Ayer Baloi, Pontian. Dengan adanya jalan ini maka amat mudahlah perjalanan dari Pontian terus ke utara dan Selatan.

Selain itu, rancangan Felda Bukit Batu ini dibangunkan dalam tahun 1961 oleh Kerajaan Perseketuan, menerusi Lembaga Kemajuan Perseketuan (L.K.T.P). Cara memajukan tanah rancangan ini dibuat berperingkat-peringkat. Hasil penempatan disini ialah tanaman kelapa sawit dan getah.

Seramai 2157 orang penduduk dari pelbagai generasi yang terdiri daripada 545 buah keluarga telah menetap di sekitar Kg Felda Bukit Batu. Kegiatan ekonomi di felda ini dari hasil pertanian, perniagaan dan juga perindustrian.

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Tok Abah Vilage
Teratak Nenek Alus Homestay
Hutan Bandar Kulai

Tempat Makan Menarik

Nasi Lemak Panas Manmila
Nasi Ayam Dopa Mak Kiah
Asam Pedas Tempian Sungai
Kemudahan Awam
KLinik Desa Felda Bukit batu
DIY Bukit Batu
Green Transit Liner
Masjid Felda Bukit Batu
Speedmart Bukit Batu
Stesen Minyak
Pendidikan
Tadika & Taska Kemas
SK LKTP Bukit Batu
SA Felda Bukit Batu
SMK Bukit Batu
Kisah Kejayaan
Program Tunas Usahawan Pedi Dengan Kerjasama PEDi Felda Kahang Barat.

Foziah Bachok merupakan menantu penduduk Felda Bukit Batu yang telah berkahwin dan memiliki 4 orang anak. Beliau yang lebih dikenali dengan gelaran Kak Gee telah memulakan Foziah Salooon & Beauty selepas pencen menjadi pegawai KEMAS daerah Kulai pada tahun 2021.Semasa beliau berkhidmat di KEMAS beliau hanya menjalankan perkhidmatan yang dijalankan Foziah Saloon & Beauty secara separuh masa sahaja tetapi setelah pencen beliau menjalankan secara sepenuh masa.

Walaupun baru beberapa tahun mengurut, ramai menyakini dan suka akan hasil kerja urutan beliau. Terdapat juga urutan biasa untuk mengurang sakit dan lenguh-lenguh badan. Selain itu beliau turut ada menyediakan perkhidmatan gunting rambut wanita, facial / mekap / manicure/ padikure dan refleksologi.

Kak Gee mula berjinak didalam dunia perbidanan hasil dari kursus-kursus yang telah diikuti olehnya sebelum ini. Beliau juga sering berkongsi ilmu bersama rakan-rakan yang lain ketika mengikuti pengajian di Pusat Latihan Belia Negara dalam kursus Sijil Kemahiran Fotografi.

Terkini beliau turut mengikuti kursus-kursus jangka pendek serta merupakan pembimbing pembangunan fortfolio SKM PPT. NADI menjadi tempat untuk beliau mencipta label-label produk tersebut dan juga bunting untuk mempromosikan perkhidmatan yang beliau sediakan. Bagi pelanggan yang ingin merasai urutan badan atau perkhidmatan yang dijalankan oleh beliau boleh la menghubunginya di talian 017-7103853.

Menurutnya penggunaan internet pada masa kini sangat membantu dalam mengembangkan perniagaan melalui promosi di media sosial. Selain itu, dengan adanya NADI yang memberi perkhidmatan internet dan penggunaan komputer seiring dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi pada masa kini membantu orang ramai untuk mengetahui informasi-informasi serta ilmu yang terdapat di internet.

Keusahawanan
Nama Syarikat: Azifirfan Food Sdn Bhd.
Nama Pemilik: Mohammad Jaif Bin Daim
Jenis Perniagaan: Makanan & minuman
Produk Jualan: Taufufah, kebab, apam balik & air balang
No Tel: 011-27378164



Nama Syarikat: Nr Diyana Food Enterprise
Nama Pemilik: Noor Diyana Binti Rahim
Jenis Perniagaan: Makanan
Produk Jualan: Rempeyek 4 segi
No Tel: 0111-1181585