PROGRAM BERSAMA CHEF CILIK @ TABIKA KEMAS

Aktiviti terkini | 24 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
Tabika KEMAS Felda Bukit Batu

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dalam melatih kreativiti dan kemahiran motor murid Tabika membuat roti sandwich dan DIY Topi Chef.
• Seramai 24 orang pelajar Tabika KEMAS telah menyertai program ini bersama seorang guru KEMAS.
• Program dimulakan dengan DIY topi chef menggunakan kertas dan gunting di PEDi terlebih dahulu.
• Selepas itu, program diteruskan dengan membuat roti sandwich dan menghias roti tersebut mengikut kreativiti masing-masing di kelas.
• Setelah semua selesai membuat roti sandiwich masing-masing menjamu roti yang telah mereka hasilkan sendiri.

Tujuan :
• Belajar sesuatu yang menarik dengan hand-on activity untuk melatih ‘fine and gross motor skills’ peserta tabika.
• Meningkatkan minat dan motivasi peserta tabika dalam bidang masakan.
• Menjalinkan hubungan baik dengan agensi luar dan menggalakkan komuniti untuk mengikuti program PEDi.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta
• Taklimat ringkas mengenai PEDi
• Membuat dan menghasilkan topi chef
• Aktviti membuat roti sandwich bersama guru dan peserta
• Menghias roti sandwich mengikut kreativiti peserta
• Merasai/makan roti sandwich yang dihasilkan mereka.
• Bergambar dan bersurai

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pengalaman dan pengetahuan yang baru kepada peserta tabika tentang pemakanan berkhasiat dan sihat.
• Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha dan bekerjasama dalam kalangan peserta.
• Memberi peluang kepada peserta mempelajari, mengaplikasi serta dapat memperkembangkan bakat kemahiran dan pengetahuan dalam bidang masakan.
• Mengasah bakat dan kemahiran berkomunikasi dalam diri peserta tabika.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :