STEM IOT: AISKRIM GOYANG

Aktiviti terkini | 8 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Bukit Batu

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah tahun 5 & 6
• Mengukuhkan pemahaman mereka mengenai proses pertukaran sesuatu keadaan jirim iaitu cecair boleh bertukar ke bentuk pepejal.
• Menghasilkan aiskrim yang beku tanpa menggunakan peti ais
• Bahan-bahan untuk menghasilkan airskrim goyang ini ialah air kotak berperisa, plastik aiskrim, garam kasar, ais batu dan bekas untuk mengisi bahan.

Tujuan :
• Mengisi masa lapang para pelajar setelah habis sesi persekolahan.
• Dapat melakukan aktiviti berfaedah dan mencungkil kreativiti para pelajar ketika menghasilkan aiskrim goyang.
• Memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Menunggu ketibaan para peserta datang ke PEDi
• Taklimat ringkas sebelum aktviti bermula
• Peserta membuat aiskrim goyang menggunakan bahan yang disediakan
• Merasai aiskrim tersebut setelah keras/beku

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menambah kenalan baru
• Mengisi masa lapang
• Menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan disiplin diri dari hasil aktiviti yang dipelajari
• Dapat berfikir jauh bagaimana aiskrim dapat dibekukan tanpa menggunakan peti ais

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :