SOFTSKILL: TANGRAM
Aktiviti terkini | 8 Februari 2024Tempat Aktiviti:
NADI Bukit Batu
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti :
• Seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah berumur 10 - 13 tahun.
• Permainan Tangram ini merupakan sejenis permainan cantuman yang berasal dari negara China.
• Tangram merupakan kepingan segi empat yang dipotong pada 7 bentuk yang dipanggil ‘Tan’.
• Pelajar dikehendaki untuk menyusun dan mencantum kepingan/potongan tangram tersebut menjadi satu bentuk yang sempurna.
Tujuan :
• Mengisi masa lapang para pelajar ketika cuti sekolah.
• Dapat melakukan aktiviti berfaedah dan mencungkil pemikiran visual-spatial dan analitik.
• Membantu daya fokus dan meningkatkan daya imaginasi pelajar.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Menunggu ketibaan para peserta datang ke PEDi
• Menerangkan cara permainan dan masa yang ditetapkan untuk menyiapkan tugasan tangram ini.
• Pelajar diberikan sekeping kertas pelbagai bentuk/imej seperti kapal, bunga, kucing dan juga kertas tangram
• Menggunting potongan kertas pada beberapa keping dan mencantum sehingga menjadi satu imej yang lengkap.
Kelebihan Aktiviti :
• Bagus untuk kecergasan otak
• Meningkatkan tahap fokus dan separa sedar
• Memanipulasi geometri dengan menggerakkan dan memusingkan bentuk Tangram.
• Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan ketangkasan berfikir
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :