BASIC ICT: ANIMATED TABLE FAN

Aktiviti terkini | 3 Julai 2024

Tempat Aktiviti:
NADI Bukit Batu

Nama VIP :
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
• Seramai 6 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai kelas ini. Mereka diberi penerangan ringkas tentang Microsoft Power Point sebelum diminta untuk membuat aktiviti kipas angin bergerak menggunakan Power Point. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu mereka untuk menyediakan bahan pembentangan dalam subjek pembelajaran.

Tujuan :
• Tujuan kelas ini untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara menggunakan asas Microsoft Power Point dengan membuat kipas angin bergerak.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pengenalan Microsoft Power Point kepada peserta
• Penerangan setiap fungsi ‘tools’ di Power Point
• Membuat kipas angin bergerak mengikut arahan dari staff

Kelebihan Aktiviti :
• Memudahkan urusan membuat kerja sekolah
• Menarik minat peserta lebih baik dan menambah pengetahuan apabila menggunakan Microsoft Power Point.
• Merangsang pelajar untuk mengetahui informasi tentang bahan pembelajaran.
• Dapat belajar menghasilkan slaid yang kreatif

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :