Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap NADI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Rancangan Felda Bukit Batu ini dibangunkan dalam tahun 1961 oleh Kerajaan Persekutuan, menerusi Lembaga Kemajuan Persekutuan (L.K.T.P). Cara memajukan tanah rancangan ini dibuat berperingkat-peringkat. Hasil penempatan disini ialah tanaman kelapa sawit dan getah
Nama Felda Bukit Batu diambil sempena nama Pekan Bukit Batu luar, Kononnya mengikut cerita lama yang nyata ada sebuah bukit terletak di batu 32 berhadapan dengan jalan masuk ke Felda ini. Bukit batu ini diterokai oleh syarikat XL Quarry yang mengeluarkan beberapa jenis batu kasar dan halus
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2024KURSUS REFLEKSIOLOGI
Aktiviti Terkini | 4 September 2024Kursus Refleksiologi ini adalah sebuah program kerjasama antara NADI Felda Bukit Batu, GPW dan Peladangnita Kulai.........................baca selanjutnya
BASIC ICT: POWER POINT – KIBARAN JALUR GEMILANG
Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2024Belajar membuat animasi kibaran Jalur Gemilang yang menarik menggunakan Microsoft Power Point........................baca selanjutnya
BASIC ICT: ANIMATED TABLE FAN
Aktiviti Terkini | 3 Julai 2024Tujuan kelas ini untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara menggunakan asas Microsoft Power Point dengan membuat kipas angin bergerak. .......................baca selanjutnya
BASIC ICT: PAINT
Aktiviti Terkini | 13 Jun 2024Tujuan kelas ini untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara mudah menggunakan Microsoft Paint kerana dapat menyunting dan mewarna melalui bantuan alat teknologi.......................baca selanjutnya
STEM IOT: MICROBIT MAQUEEN & KDB: OVERSHARING
Aktiviti Terkini | 28 Mei 2024Kelas robotic Microbit Maqueen ini bertujuan utuk mendorong minat pada mata Pelajaran STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics)......................baca selanjutnya
BASIC ICT: FILL IN COLORS
Aktiviti Terkini | 8 April 2024Kelas ICT ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas Microsoft Word dari segi ‘insert table’ dan ‘fill in colors’ dalam kotak yang telah dihasilkan.....................baca selanjutnya
BASIC ICT: BOOK CREATOR (E-BOOK)
Aktiviti Terkini | 6 Mac 2024Kelas ICT ini bertujuan untuk mengajar para peserta untuk membuat digital E-Book menggunakan aplikasi web di komputer. Selain itu, pembikinan E-Book ini lebih interaktif dengan kontens yang boleh disesuaikan....................baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA USAHAWAN: MEMBUAT KERABU MAGGI & KDB
Aktiviti Terkini | 20 Februari 2024Belajar sesuatu yang menarik dengan hand-on activity untuk melatih ‘fine and gross motor skills’ para peserta....................baca selanjutnya
SOFTSKILL: TANGRAM
Aktiviti Terkini | 5 Februari 2024Mengisi masa lapang para pelajar ketika cuti sekolah...................baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA CHEF CILIK @ TABIKA KEMAS
Aktiviti Terkini | 24 Januari 2024Belajar sesuatu yang menarik dengan hand-on activity untuk melatih ‘fine and gross motor skills’ peserta tabika...................baca selanjutnya
STEM IOT: AISKRIM GOYANG
Aktiviti Terkini | 8 Januari 2024Mengisi masa lapang para pelajar setelah habis sesi persekolahan...................baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya